Like dan follow page FB dan Tiktok kami untuk notifikasi tips seterusnya kelak....
Masalah:
Tip Mengapa Lantai Selalu Basah
Punca:
Air dari tanah meresap kedalam konkrit lantai yang poros. Air ini akan keluar dipermukaan lantai. Kesannya lantai menjadi basah dan busuk. Tidak baik untuk kesihatan dan kebersihan.
Penyelesaian:
Sebelum menuang simen, pastikan plastik kalis lembab dipasang.
Dalam kes lantai sudah dibina, penyelesaian adalah dengan cara memasang jubin lantai bersaiz besar jenis seramik / arcylic. Menyapu lapisan waterproofing juga boleh membantu.
Lantai basah merebak ke dinding
Pemasangan plastik kalis lembab mencegah kelembapan lantai
Contoh saiz plastik PE tebal 0.25mm
12 kaki lebar x 180 kaki panjang (40kilo) RM 200
Pemasangan jubin seramik besar menyelesaikan masalah lantai basah
Menyapu dua lapisan waterproofing boleh menyelesaikan masalah lantai basah.
(Tips Tamat)
Tips Memasang Besi Rasuk / Beam
Tips 1: Pastikan hujung besi rasuk / beam dibengkok.
Sebab: Jika tidak dibengkok, kekuatan tarikan besi akan menjadi kurang dengan hanya bergantung kepada trade sahaja. Inilah yang selalu menyebabkan keretakan diantara rasuk / beam dengan tiang. Hujung besi yang dibengkok ini ibarat sauh yang mengikat dari hujung tiang ke tiang.
End.
Tips memasang penutup cerucuk (Pile Cap)
Tips 1: Kedalaman Penutup Konrit Mencukupi.
Pastikan tanah digali sedalam sekurangnya 2 kaki. Kalau rumah 2 tingkat kedalaman korekan adalah sekurangnya 4 kaki.
5 Sebab Utama
i) Cerucuk Kayu Selamat Serangan: Pada kedalaman 2 kaki tanah tidak mengandungi hidupan lagi. Maka cerucuk kayu tidak dimakan anai-anai atau hidupan lain dalam tanah.
ii) Cerucuk Kayu Tahan Reput: Cerucuk akan berada bawah aras air bumi menjadikannya sangat lambat reput disebabkan kurangnya oksigen bagi proses pereputan anaerobik.
iii) Tanah Korekan Kuat. Semakin dalam korekan, semakin padat keadaan tanah. Oleh itu ia makin kuat untuk membawa beban. Jika cerucuk gagal, tanah masih mampu menanggung pile cap.
iv) Tanah Permukaan Lemah. Tanah permukaan terdedah kepada air hujan, air pasang menjadikannya lembut. Tanah lembut tidak mampu membawa beban pile cap terutama jika cerucuk kayu gagal.
Tips Pemasangan Atap
Video 1
Pautan video di: https://www.youtube.com/watch?v=yw8baDiI8Bk
Video 2
Tips Menanam Ceruk Bakau Daripada Jurutera
Tips Menanam Ceruk Bakau Daripada Jurutera
1. Cerucuk mesti ditanam sekurangnya 2 kaki bawah tanah, bukan atas permukaan tanah. Supaya ia berendam dalam air dan selamat dari serangan anai-anai.
2. Tanah mestilah basah jika tidak kayu bakau akan reput cepat. Jika tanah kering gunakan cerucuk konkrit atau kayu belian.
3. Jarak cerucuk ialah 1 kaki. Jika terlalu dekat, beban yang akan ditanggung akan berkurangan dengan julam cerucuk.
4. Kedalam cerucuk 12 kaki boleh menanggung beban sebanyak 1 tan.
Perkongsian video asal di: Tekan disini