Kualiti & Spesifikasi Bahan


JAMINAN  TEMPOH TANGGUNG KECACATAN

Kami menanggung kos pembaikian kecacatan dalam tempoh 2 tahun selepas siap rumah dibaiki.
Pesaing kami tidak menawarkan jaminan menanggung kos kerosakan.

JAMINAN TANGGUNG KECACATAN
 
ATAP
Kami menggunakan atap dari jenis metal roofing dengan ketebalan 0.48mm dengan 7 tulang. menjadikannya tahan lama dan lebih kuat dari kesan cuaca. Pelbagai jenis atap boleh dipilih (Klik di Add On Atap)
Pesaing kami menggunakan atap lebih nipis 0.32mm


KERANGKA  ATAP
Kami menggunakan kerangka atap dari jenis besi Galvani. Susunan kerangka atap kami secara bracing tidak melebihi 4 kaki bagi memastikan kekuda bumbung tahan kesan cuaca dan beban berat atap.
Pesaing kami menggunakan kerangka atap jenis kayu yang tidak tahan anai-anai dan reput serta tidak di 'bracing'.


BESI TIANG DAN BEAM
Kami menggunakan besi dari jenis besi Y (BS: British Standard)  dari perbagai saiz berdasarkan rekabentuk. Besi jenis ini paling kuat berbanding jenis CQ atau R (Round). 
Pesaing kami menggunakan besi jenis CQ (China) 

 
 

LINTOL

Kami menggunakan 4 batang besi dari jenis besi Ydengan besi R sebagai pengikat untuk membina lintol tingkap dan pintu. Lintol yang kuat ini memastikan sudut tingkap dan pintu tidak retak. Sebanyak 2 lintel dipasang pagi tingkap dan 1 bagi pintu.
 
Pesaing kami menggunakan hanya sebatang besi untuk membina beam lintol.  Hanya 1 lintol dipasang bagi tingkap. Keretakan sudut masih boleh berlaku.
 
 
Lintol yang baik cukup besinya

Panjang lintel yang baik hendaklah melebihi 1kaki kiri dan kanan bukaan tingkap / pintu bagi memastikan tiada keretakan sudut



  Kerosakan sudut tingkap / pintu disebabkan masalah Lintel

 

SILING

Kami menggunakan siling dari jenis UAC Board. Bagaimanapun siling Gypsum / kapur juga boleh dipasang mengikut permintaan pelanggan. Setiap kerangka kayu yang kami gunakan akan dirawat dengan minyak hitam supaya kalis lembab dan kalis anai-anai.
Pesaing kami tidak merawat kayu yang digunakan.
 

   Rawatan anti anai-anai dan kelembapan pada rangka siling
 
Binaan standard ceiling UAC

 

Siling runtuh disebabkan pelbagai faktor seperti rangka siling rosak dimakan anai-anai, rangka reput dan rangka disokong melebihi jarak lemah 4kaki. 


KEMASAN  CAT

Kami menggunakan cat dari jenis arcylic. Cat ini tahan terhadap air dan tidak berdebu. Warna juga tahan pudar. Setiap dinding akan dilicinkan dengan menggunakan skim coat.
 
Pesaing kami menggunakan cat air yang mudah luntur warnanya serta berdebu. Dinding juga tidak dilicinkan dengan skim coat.
 
Jenis cat Arcylic yang kami gunakan tahan pudar, tahan kulat dan tahan kelupas.

Masalah kulat pada dinding disebabkan salah pilih cat, tiada pemasangan lapisan plastik kalis lembab semasa pembinaan lantai dan dinding serta kebocoran paip dalam dinding.
 

 Masalah cat mengelupas disebabkan salah pemilihan cat.

STRUKTUR KAYU TANGGUNG BEBAN

Kami menggunakan kayu jenis BELIAN untuk struktur kayu yang menanggung beban besar seperti bearer/suit dan tiang. Kayu belian juga digunakan jika terdedah kepada cuaca seperti tangga dan beranda dan pagar tangan / railing.
 
Pesaing kami tidak menggunakan kayu belian menyebabkan kayu rosak dalam tempoh 2 tahun.
Papan Belian yang berkualiti


Kedudukan Rasuk / Suit rumah yang betul serta dari kayu keras Belian membawa beban gelegar, lantai, perabot dan isi rumah dengan selamat.

BINAAN DINDING

Kami menggunakan kayu keras profile Sirat Brunai untuk dinding. Bagi dinding bata, bata yang digunakan adalah bata simen. Pelanggan boleh menukar kepada bata jenis lain dengan tambahan kos 2%. Bata merah atau simen, jaminan kekuatan tetap kami beri sama.  No problem...
Setiap 3 kaki lapisan bata dinding, satu besi tambatan akan dipasang untuk mengelakkan retak dinding.
 
Pesaing kami tidak menggunakan besi tambatan.

BINAAN TINGKAP

Kami menggunakan tingkap jenis aluminium yang tahan reput dan tahan anai-anai.  Warna adalah kelabu. Pelanggan boleh add on untuk warna putih atau warna lain.

 

BINAAN PINTU

Kami menggunakan pintu kayu keras  / solidwood  8 panel. Setiap pintu akan dicat dengan varnis kerana varnis meresap jauh kedalam urat kayu menjadikan pintu tahan lama. Pelanggan boleh memilih untuk perbagai jenis pintu lain sebagai Add On.

Pesaing kami menggunakan pintu plywood yang mudah tertanggal.
Pintu Solid 8 Panel Kami

Pintu Plywood yang bermasalah
 

Pintu Plywood yang berlubang bila di ketuk

KEMASAN LANTAI

Lantai kami dibina diatas plastik kalis lembab. Tile dipasang diatas kai yang betul-betul keras kerana kami tidak menggunakan simen kai kering. Tile yang digunakan ialah ceramik pada ruang rumah. Bagi kawasan yang terkena hujan dan panas, porselin digunakan supaya tahan pudar. Saiz tile digunakan adalah 1kakix1kaki.

Pesaing kami tidak menggunakan plastik kalis lembab menyebabkan lantai basah dan dinding berlumut. Kai simen yang digunakan adalah jenis kering menyebabkan tile mudah tertanggal.

BINAAN PAIP SINKI

Kami menggunakan paip besar bersaiz 4 inci untuk mengeluarkan air sinki dan kotoran basuhan. Rekaan kami ini tidak pernah tersumbat. Bilangan sinki ialah 2 unit jenis stainless steel.

Pesaing kami menggunakan batang paip bersaiz 2 inci yang biasa tersumbat.

TANGKI SIMPANAN AIR BERSIH

Kami tidak memasang tangki simpanan air bersih kerana tangki mudah dimasuki tikus dan kotor. Kami memasang air secara sambungan terus bagi memastikan air adalah bersih dan fresh.

 

PENDAWAIAN  ELEKTRIK

Pendawaian elektrik kami adalah secara terlindung. Kabel bumi pula dipasang pada kawasan tanah paling lembab bagi memastikan elektrik bocor disalur kebumi dengan cekap dan tidak membahayakan rumah. 
Pendawaian kami juga dipastikan 1 soket hanya satu saluran kabel bagi memastikan tiada overload yang menyebabkan soket dan Box Suis (BD Board) terbakar.


KETINGGIAN LANTAI KE SILING

Ketinggian minima adalah 10kaki. mencukupi dan selamat untuk pemasangan kipas. Ruang nampak lebih besar.

Pesaing kami hanya membina ketinggian 8 - 9 kaki.